Idea Perniagaan
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera kepada pembaca. Di sini saya ingin menghuraikan, Idea perniagaan yang kita perlu untuk berniaga secara Online, Offline, B2B, atau apajua medium perniagaan yang ada.
Pertama, adalah ingin saya tegaskan adalah MODAL. Tidak kiralah Modal sedikit, sederhana, atau banyak sekalipun. Dalam perniagaan MODAL adalah perkara paling penting untuk memulakan perniagaan. Jika di tanya pada saya sendiri, Modal perniagaan saya tidaklah banyak, dan tidak jugak sedikit. Apa yang mampu untuk saya menggadakanModal saya melalui keuntungan jualan saya. Dalam ilmu Borong Barangan dari China, Modal adalah aset untuk berniaga kerana di China harga berbeza di berikan mengikut kuantiti Pembelian. Misalnya sebagai contoh :Harga 1 batang Pen :RMB25 bersamaan dengan MYR15.10 jika,10 batang Pen harga jatuh pada :RMB22 bersamaan dengan MYR13.30 TETAPI, jika kuantiti100 batang pen harga jatuh pada: RMB10 bersamaan dengan MYR6.05Di sini kesimpulannya harga adalah berbeza jika kuantiti pembelian lebih besar.
Kedua, adalah PRODUK. Apakah Produk jualan anda? Kita Seharusnya perlu meneliti dan mengkaji pasaran Produk yang menjadi masalah kepada pengguna. Di mana dengan mengkaji masalah Pengguna maka tercetus jugaklah idea Produk untuk jualan seiring dengan keperluan dan kehendak pengguna masa kini. Semakin besar masalah, semakin baik produk yang kita akan niagakan.Semakin banyak penawaran di pasaran semakin besar peluang Produk kita untuk di pasarkan. Misal kata, jika di satu kawasan telah terputus bekalan air selama bertahun-tahun, di mana kadang-kadang lori air yang datang hanya seminggu sekali, jadi masalah di sini adalah AIR. Jadi kita gunakan masalah ini sebagai satu peluang yang ada di kawasan ini untuk menyalurkan air minerel kepada penduduk dengan harga yang berpatutan setelah di kira kos perjalanan dan lain-lain kos. biasanya kawasan luar bandar khususnya.
Seterusnya adalah MASA
Berapa lama masa yang anda perlu ambil untuk mula jalankan perniagaan tersebut. Ertinya untuk bersedia buat pemasaran mendapatkan pembelian dan seterusnya menunaikan pembelian dari A sampai Z. Lagi pantas lagi bagus. Kalau nak mula ambil masa sampai setahun atau dua tahun, cari saja idea lain. Yang paling baik adalah bila teringat saja idea itu waktu pagi, petang terus boleh mula.Sebenarnya saya dah tulis perkara yang sama sebelum ini tapi dalam bentuk yang berbeza. Disebabkan perkara ini amat penting terutamanya buat mereka yang baru nak mula berniaga. Moga-moga apa yang anda nak usahakan itu difikirkan dan dipertimbangkan dengan lebih baik dan bukan main hentam kromo saja.
Dalam pada itu, TARGET PASARAN
Ini bermaksud, siapa target pasaran kita, Masyarakat yang berumur atau, kanak-kanak, atau orang dewasa. Target Pasaran ini umpama sasaran pembeli kita. Misal kata, kita menjual produk aksesori Kereta BMW, maknanya target pasaran kita adalah masyarakat yang menggunakan kereta jenis BMW, yang mempunyai lebihan pendapatan kerana mampu membeli harga yang jauh lebih malah dari kereta tempatan. dan seharusnya harga aksesori BMW lebih mahal berbanding jenama kereta tempatan di sebabkan faktor stok yang terhad dan harga yang tinggi di pasaran.
Comments
Post a Comment